Sahabat-sahabat Nabi Isa (Ahlul Hawariyyun) Hawari

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab Qisasul Anbiya' telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Alaihissalam (AS) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Masyarakat Kristian pula menggelar mereka 12 apostles. Anggota Al-Hawariyun dikatakan terdiri daripada penama-penama berikut:

  • Peter@Petrus atau namanya yang sebenar adalah Simon (atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan)
  • James (Yakobus {bukan saudara Nabi Yahya} @ Yakobus) anak Zabedee@Zabeedah@Zabedeus
  • John atau Yahya atau Yohannes (bukan Nabi Yahya)
  • Andrew (Andreas) (diriwayatkan anak murid kepada Nabi Yahya)
  • Philip (Filipus)
  • Barthomew anak Talemai (Bar Talemai) (mempunyai nama gelaran yang disebut Nathanael)
  • Matthew atau Matius
  • Thomas (dalam bahasa Aramik disebut Toma) @Didimus (dalam bahasa Yunani)
  • James anak Alphaeus@Yakobus bin Alphaeus
  • Thaddeus Lebbaeus (Yudas Thaddeus)
  • Simon the Cananean (Simon orang Kanaan) @ Simon the Zilot (Simon orang Zilot)
  • Judas Iscariot (Yudas pengkhianat)

Namun begitu, nama-nama berikut sebenarnya masih lagi samar-samar disebabkan tiada fakta yang benar-benar sahih menunjukkan nama-nama itu mewakili setiap individu Al-Hawariyun yang sebenar. Kitab Injil (Bible) kini sendiri bertelagah mengenai individu Al-Hawariyun serta riwayat hidup mereka yang dicatitkan dalam Injil-Injil Kristian.

Firman Allah berkaitan keimanan anggota Al-Hawariyun dalam Al-Quran:

  • "Dan (ingatlah) ketika Aku(Allah)ilhamkan kepada orang-orang Hawariyiin(sahabat-sahabat Nabi Isa):"Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu!",Mereka menjawab:"Kami telah beriman,dan saksikanlah,bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam(Muslim)(yang menyerah diri kepada Allah)".
  • "Dan (ingatlah) ketika orang-orang Hawariyun berkata:"Wahai Isa ibn Maryam (Nabi Isa)!Dapatkah kiranya Tuhanmu menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?"Nabi Isa lalu menjawab:"Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
  • "Mereka menjawab:"Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu(untuk mengambil berkat),dan supaya tenang tenteram hati kami,dan juga supaya kami ketahui dengan yakin,bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami,dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri".
  • "Isa ibn Maryam (itu pun berdoa kehadrat Allah)berkata:"Ya Allah,Tuhan kami!Turunkanlan kiranya kepada kami satu hidangan dari langit,untuk menjadi perayaan bagi kami,iaitu bagi kami yang ada pada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian,dan sebagai satu tanda(Mukjizat) daripadaMu(yang menunjukkan Kebesaran dan KekuasaanMu),dan kurniakanlah rezeki kepada kami,kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
  • "Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barang siapa yang kufur ingkar di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyiksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku timpakan kepada sesiapapun di alam ini".

Al-Quran Surah Al-Maaidah (Hidangan) ayat 111-115